KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kekuatan :
-Saya seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja
-Saya seorang yang berfikiran terbuka
-Saya seorang yang mempunyai banyak kelebihan
Kelemahan :
- Saya seorang yang tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi ketua
-Saya seorang  yang cepat gelabah jika berlaku apa-apa masalah
 

MATLAMAT

Saya ingin mencapai matlamat jangka pendek iaitu mengejar cita-cita saya sebagai seorang akauntan yang berjaya . Matlamat jangka panjang  iaitu saya ingin membawa  ahli keluarga saya untuk mengerjakan haji  bersama . 

MOTTO KEHIDUPAN

Moto hidup saya ialah saya ingin menjadi seorang anak solehah kepada ibu dan bapa saya .. Dan menjadi insan yang berguna pada untuk negara . 

KEMAHIRAN DAN BAHASA

Saya mempunyai kemahiran komputer yang asas sahaja .. Kemahiran berbahasa saya iaitu berbahasa Melayu dan bahasa inggeris  .  Saya boleh bertutur dengan baik dalam bahasa melayu mahupun inggeris . Saya juga boleh menulis dalam bahasa Melayu dan inggeris . 

CITA-CITA

Cita-cita saya adalah seorang akauntan yang berjaya .. Saya meminati bidang ini dari tingkatan 4 sehingga sekarang ..  Saya pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik subjek perakaunan ketika SPM dan saya pernah menjadi fasilitator untuk subjek perakaunan ketika di matrikulasi . Saya  sedang berusaha untuk mencapai  cita-cita saya walaupun berbagai-bagai rintangan yang datang .. 

HOBI

Hobi saya ialah membaca novel .. Disebabkan saya gemar membaca novel , saya mempunyai banyak novel-novel di rumah . Kebanyakan novel yang saya baca bertemakan cinta .. Biasalah ketika itu merupakan zaman berjinak-jinak dengan cinta monyet .. Selain membaca , saya juga suka memasak .. Saya banyak belajar memasak dari mama dan juga internet .. Saya gemar memasak makanan kampung .. Ini kerana keluarga saya gemar dengan makanan kampung .. Saya juga belajar dari internet cara untuk memasak makanan western .. Yang saya tau hanya spaghetti .